Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian 2, 14 Oktober 2017

Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian 2, 14 Oktober 2017

Salam Malaysia KU

Kita bersambung kembali dengan laporan perjalanan saya di Perth pada hari kedua 14-10-2017, Hari kedua ini adalah hari kami menghabiskan duit sebab kami suami isteri banyak berjalan ke kawasan perniagaan terkenal di Perth macam Watertown,BIG W,Kmart dan Freemantle. Makan pun sama, saya dan isteri cuba jaya makanan fish n chip di Kailis Fish n Chip di Fremantle. Memang satu hari perjalanan di sekitar Perth dan Fremantle.





1.0 Perjalanan dengan memandu hari kedua bermula. Dekat Perth, bangun pagi pukul 6.00 pagi segar bugar haish pelik kenapa kat tanah air x boleh bangun macam tu.




2.0 Pit stop pertama kami adalah Belmont Fourm di Cloverdale. Sini supermarket yang tempatkan Brand Mart macam BIG W dan K Mart. fuuuh barang-barang dalam tu memang mengluirkan sampai lupa dunia beli sana sini barang.




3.0 Sememang nya saya cari Hotwheels laa gamak nya. Masa ini cukup seronok. Kad -kad yang rare suma ada di PEG. Tahniah Warga Australia anda tidak tamak dan tidak mementingkan keuntungan semata - mata. Memori yang lama tidak rasa hunting Hotwheels.



4.0 Corelle kegilaan semua suri rumah.. Tengok je tapi  x beli sebab isteri x ada berkenaan dengan design yang ada. Macam-macam (Save Duit sekejap)



5.0 Bayar laaa dengan Cash yang ada. Silap bayar pakai cash masa tu sebab boleh bayar pakai Debit Card sebab dah activate kan. 




6.0 Di Belmont Forum ni ada makanan Halal. India Style. Apa lagi, balun nasi beriyani ayam, cheese nan dan ayam tandori, Fuuh lega kenyang untu breakfast. Minum Mineral Water je. Nasihat sikit ye, kalau dah sampai perth ini. Anda dinasihatkan beli satu karton air mineral sebab harga kartun lagi murah dari beli kat restoran. 



7.0 Hentian seterusnya ke Watertown. Shopping jap barang brand Fossil. Nak beli kat Malaysia mahal tetapi yang pelik kat Australia ini murah sungguh. Diskaun after diskaun beli barang kat sini. Memang banyak pilihan butik kat sini cuma saiz pakaian diorang ini besar2 kan. Tarak laaa saiz untuk kami ini. Cukup laaa singgah dan rasa pusing-pusing di Watertown ni



8.0 Boleh cakap satu je, berbaloi dah laa harga x masuk akal murah sungguh. Masa ini je laa dapat rasa barang branded kejap kan.


9.0 Misi jalan-jalan diteruskan lagi ke Fremantle plak..Swafoto dulu, muka x sempat senyum  dah tuu.



10.0 Yehaa sampai sudah ke fremantle ini. Fremantle ini masa sabtu dan ahad suasana  nya sangat meriah dengan aktivit jalanan dan pasar terbuka nya. Kami ke sini sebab nak singgah di Kedai Cenderahati Megabes untuk beli siap2 souvenir untuk bawa balik ke Malaysia. Sakan sungguh isteri saya masa ini. Masa tu ingat nak azan dah kat telinga dia. hahahaha.




















11.0 Last pit stop hari ini, Jetty Fremantle ni laa. Ada Kailis Fish n Chip. Memang puas makan kat sini. Fish n chip dia memang portion dia besar. Sungguh bersih jeti dia. Kita siap boleh tengok dasar laut lagi. Burung Camar yang ada pun best gak tengok sebab binatang ini jenis suka curi makan hehehe. Memang indah tempat ini




12.0 Hasil di Megabes Fremantle hahahahha...

Sekian sahaja coretan bahagian ke 2 sebab waktu malam kami tido awal sebab ada perjalanan jauh yang perlu di tempuhi ke Albany yahooooo.

Tamat Bahagian ke 2

Sila ke Bahagian ke 3 Tekan Di Sini









Comments

  1. Your trip while in Perth is very memorable and very enjoyable, I like reading your holiday experience. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. theapartmentsumalas.com

    ReplyDelete

Post a Comment